Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Sunday, October 25, 2009

Berok ( Macaca nemestrina )

( Macaca nemestrina Short-tailed Macaque )


Berok ( Macaca nemestrina ) adalah satu-satunya spesis berok yang di benarkan oleh perhilitan untuk di tangkap dan di pelihara. Berok (Macaca nemestrina) merupakan spesies hidupan liar yang diperlindungi bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972. Maka, lesen adalah diperlukan untuk tujuan menempat atau mengurung spesies hidupan liar ini.

Jamil mempunyai 3 ekor berok (Macaca nemestrina) dalam peliharaan jamil dan jamil menggangap mereka seperti anak sendiri. mereka di mandikan selalu dan di syampoo supaya bulu mereka lembut dan cantik.yang tuan jantan di beri nama JK .Yang ini jamil jumpa di pertengahan jalan besar pandan jaya. dan jamil tahu ia dari mana. ia dahulunya di punyai oleh tuan punya kedai menjual ikan-ikan peliharaan berhampiran tempat jamil jumpa. dan kedai itu telah bangkrup. tetapi pekerja masih menjaga tempat tersebut.tetapi apabila mereka sudah malas nak membela mereka melepaskanya. ini jamil tanya sendiri dari mereka.

JK sangat jinak waktu jamil tangkap. jamil telah ke perhilitan shah alam di syeksyen 8 shah alam untuk mendapatkan lesen. kesihan pula bila dia seekor. jadi jamil telah ke perhilitan shah alam sekali lagi untuk mendapatkan lesen tangkap. jamil di benarkan menangkap 5 ekor syarat lesen itu.tapi jamil hanya mahu seekor sahaja dan mestilan betina untuk di jadikan isteri JK dan jamil namakan SHAKI .jamil bela mereka hampir setahun lebih.mereka sekarang jinak dengan jamil dan juga pelancong , jamil selalu membawa mereka ke bukit bintang. jika pelancong mahu bergambar jamil kenakan bayaran.

Makanan berok :

Berok jenis (Macaca nemestrina) antara makanan yang paling di gemarinya ialah
pisang emas ,
timun ,
karot ,
kacang panjang
dan petai padi
,

Tapi yang dalam jagaan jamil selalu beri makan pisang emas , karot , timun , apple hijau , buah lai , tembikai ,buah pir , salad , juga berok-berok jamil suka sangat makan makanan kucing . shaki suka nasi campur ikan . jamil selalu beri minum kesukaan mereka iaitu Teh o ais limau , susu dutchlady fullcrim dan ribena
Sifat-sifat Berok (Macaca nemestrina)

Berok Jantan

Berok jenis ini yang jantan apabila melihat orang yg tidak di kenali terutamanya di rumah jika ada orang datang dia akan jadi agresif seperti anjing cuma anjing menyalak .tetapi berok jantan akan mengoncang kandang seolah-olah cuba menunjukan yg dia ada di situ. lagi satu berok jantan akan selalu menguap , tetapi sebenarnya dia cuba memberi isyarat yang dia mempunyai gigi yang tajam dan dia yg berkuasa di situ.ia serupa amaran. lagi satu berok jantan suka menerajang atau menendang apa sahaja yang dia dapat.


Berok Betina

Berok betina pula adalah spesis yang garang tapi dalam diam, berok betina juga adalah spesis yang paling kuat cemburu. garang maksud jamil berok betina tidak seperti berok jantan suka menunjuk garang. berok berina selalu akan menyerang dalam senyum. atau dalam diam. sifat cemburu pula. terus terang jamil cakap kalau dah sifat cemburu dia datang walaupun di pukul sampai mati pun dia akan cuba menyerang benda atau haiwan lain yg di cemburuinya. jamil tidak boleh mendukung atau memelok kucing atau berok lain di hadapan berok betina jamil. dia akan lakukan apa sahaja untuk menyerang musuh yg di cemburuinya walaupun anaknya.berok betina menyerang bukan kerana marah atau takut tetapi kerana cemburu.

Sifat berok (Macaca nemestrina) sebenarnya sangat manja dan penyayang. sebab itu jamil menggangap mereka seperti anak walaupun mereka binatang. apabila mereka mahu bermanja mereka akan memelok jamil seperti manusia. tetapi kena ingat satu rahsia. berok jenis ini mereka melihat apa yang kita lakukan dan mereka akan lakukan. ingat sometime they are clever than human. apa yang selalu kita lakukan jika selalu sangat mereka lihat suatu hari mereka akan lakukan. mereka tidur dengan cara duduk membongkok.tapi kena ingat berok menjaga tuannya tidak seperti anjing. anjing jika kita serang tuanya dia akan lari.tetapi berok mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi tuan mereka. anjing menjaga rumah tetapi tidak tuanya.berok menjaga rumah ,harta dan tuanya.

Percayakah anda jika jamil katakan berok seperti seorang bayi.mereka akan merengek jika di marah, mereka akan merajok jika di pukul. pernah dengar perpatah ( berok lantak ) perpatah ini memang betul.jika kita mempunyai makanan dan ingin berkongsi dengan berok.mereka akan meminta sehingga kita habis.tetapi mereka menyimpan makanan di kiri kanan dan abwah rongga mulut.apabila kita habis baru mereka akan mengeluar kanya sedikit demi sedikit untuk di makan.



Help me To Help Abandoned animals

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home