Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Friday, November 12, 2010

Orang kaya/Besar yg jamil pernah Minta Sumbangan..

To get support for doing charity for animals in malaysians are to hard. maby i was born in wrong country. i think soooo!!!!!

Rasanya semua orang tahu apa kerja jamil. apa yang jamil buat dan bagaimana cara jamil menyara hidup dan haiwan-haiwan jamil . tak peduli lah , tak kisah lah kalau ada orang nak kata jamil pemintak sedekah. yang pasti Jamil buat untuk haiwan-haiwan terbiar. dan yang pasti jamil tak menipu orang , tak mencuri atau mengambil harta benda orang. itu adalah kenyataan .dan memang menjadi tanggungjawab jamil mencari wang dari apa cara sekalipun syarat halal untuk menyediakan makanan dan ubatan mereka. so siapa yg jamil rasa layak untuk membantu kerana kelebihan rezeki mereka pasti jamil akan cuba memohon.

Setiap hari jamil akan ke bukit bintang bersama beberapa ekor kucing jamil dna berok untuk mendapatkan sumbangan dari orang yg perihatin dan dan benar-benar paham apa yang jamil buat. orang lalu lalang , orang berkerja , dan pelancong , jamil juga ada memohon pertolongan , memohon sumbangan serta sokongan dari mereka-mereka yang jamil kenal yang kaya dan berada . Yang mana pada jamil jika mereka mempunyai hati dan perasaan terhadap haiwan memang mereka mampu dan berkebolehan untuk sama-sama membantu.


Antara mereka-mereka yang jamil hantar surat berserta bukti dan maklumat tentang aktiviti dan diri yg jamil kenal ialah bekas bekas boss jamil iaitu DYMM Tuanku sultan johor sekarang ,Tengku mahkota johor sekarang , Isteri Allahyarham tun hussein onn ( Tun Shuhaila Hussein ) , anak beliau dato seri hishamuddin , Puan hanis hussein , DAN Puan shafinaz anak tan tri azman hashim , semua ini bekas bekas boss jamil yang memang di ketahui umum kaya dan berada. setakat 50 ribu hingga 100 ribu tu is nothing for them. macam 5-10 ringgit je.jamil tahu la jamil pernah kerja dgn mereka.


Yang jamil tak pernah kerja tapi jamil cuba hantar untuk memohon sumbangan ialah sultan brunei , sultan perak , Syed Bukhary , Rashid hussein RHB bank , Azman hashim AMBANK , seorang ahli FB SPDR dia ni berasal dari kampong jamil yang mengaku dirinya tokoh koperat yang kononya bergelar ( Sir / Tan Sri ) ,seorang ahli keadilan putrajaya en Daud yg memang kayaraya .menteri besar johor , ketua menteri melaka , menteri besar negeri sembilan , menteri besar selangor , menteri besar pahang , menteri besar terengganu, menteri besar perak ,menteri besar perlis ,menteri besar kedah menteri besar kelantan,ketua menteri pulau pinang .



Dalam banyak banyak bekas boss jamil hanya puan hanis hussein onn terjumpa jamil di traffik jalan bukit bintang beri jamil rm 300/ tapi yang lain sampai sekarang senyap sunyi. eik tak ,eok tak ,tak mengapalah kalau mereka tak minat nak membantu pun jamil paham sebab semuanya melayu.

Dari banyak-banyak yg jamil tak berkerja tu hanya menteri besar selangor sahaja yang memberi sumbangan, menteri besar perak balas surat mengatakan mereka tak berminat , ketua menteri pulau pinang pula balas surat mengatakan mereka terima tetapi sampai sekarang diam sahaja. yang lain anggap je mereka tak terima surat itu walaupun memang sampai. . biasa lah kan negara kita malaysia ,.



Jamil memang tak mahu bohong atau berlakon bagus. memang jamil banyak kecewa. kecewa sungguh dengan perangai kebanyakan bangsa melayu,kecewa dengan orang kaya/besar yang jamil pernah kerja dan jamil tahu wang ringgit sampai makan tak habis. kadang-kadang mereka habiskan wang mereka merapu merapu sebab terlampau banyak tapi langsung tiada hati nak mengeluarkan sikit wang untuk sama-sama membantu jamil , tapi tak mengapalah wang mereka. jamil tiada hak untuk cakap apa-apa.

mereka-mereka siap yg jamil hantar surat dan maklumat tentang jamil , tapi di hati mereka langsung tiada sedetik pun perasaan terhadap haiwan haiwan terbiar.sedangkan kalau kita betul betul memahami al quran kita tahu apa yg kita buat terhadap haiwan akan di balas di akhirat nanti. mereka anak beranak lebih suka wang ringgit yg mereka ada di habiskan untuk perempaun , minuman keras , melancong, membeli barang-barang , belagak-lagak , menunjuk-nunjuk. apa yang jamil cakap di tulisan jamil bukan tuduhan,fithnah atau rekaan, jamil cakap apa yang jamil pernah lihat dgn mata kepala jamil sendiri.


Tapi yang menghairankan bangsa kafir yg jauh beribu kilometer dari malaysia pula boleh menghantar rm 1000-rm 2000 sebulan untuk membantu jamil, berbeza dgn bangsa sendiri yg sama agama. sungguh memalukan.

Semua mengaku ISLAM ,cerita pasal ISLAM dialah juara , tapi tak ada hati perut nak membantu haiwan ciptaan Allah subhanahuwataala. Yanbg tak mengaku ISLAM pula yg lebih ikhlas nak membantu


Surah Ghafir : 7-9Hadis Riwayat Muslim Bermaksud :"Pada setiap pagi seorang itu pasti di sertai oleh dua malaikat yang berdoa : Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah ",sedangkan yang lain berdoa : " Ya Allah berikanlah pengantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan ".

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home