Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Tuesday, October 9, 2012

maklum balas dari DATO' HJ. MOHAMED RADZUAN BIN MALEK

Alhamdullilah Terima maklum balas dari DATO' HJ. MOHAMED RADZUAN BIN MALEK dan jamil terima permohonan maaf beliau supaya kita boleh terus berkerjasama demi haiwan. jamil juga harap kawan kawan lain dapat menerima dengan hati yg terbuka. tapi kalau ad ayg makan kucing kita belasah cukup cukup kalau dapat

DATO' HJ. MOHAMED RADZUAN BIN MALEK
PENGARAH PENGUATKUASA
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR


Salam 1 Malaysia,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Bersama-sama ini disertakan maklumbalas mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan di akhbar Sinar Harian pada 1 Oktober 2012.

Sekian, terima kasih



DATO' HJ. MOHAMED RADZUAN BIN MALEK
PENGARAH PENGUATKUASA
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Perkara : Terkilan Dengan kenyataan Pengarah Penguatkuasa DVS di Sinar
                 Harian.


Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 

Dimaklumkan bahawa fungsi utama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar ialah menguatkuasakan undang-undang Jabatan yang telah diwartakan termasuk Animals Act 1953 (Act 647) (Revised 2006).  Fungsi utama ini dilaksanakan melalui 3 aktiviti utama iaitu operasi, penyiasatan dan pendakwaan.  Aktiviti operasi berfungsi melalui tindakan operasi di lapangan bagi tujuan pencegahan, pemantauan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar undang-undang Jabatan termasuk  apa-apa maklumat atau aduan awam yang diterima.  Setelah sesuatu kes diperolehi semasa operasi dijalankan maka kes tersebut akan dijalankan siasatan  melalui aktiviti penyiasatan. Tugas Pegawai Penyiasat ini adalah menyiasat, mengumpul serta menganalisa maklumat dan bukti yang diperolehi sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapat arahan samada kes tersebut boleh didaftar di mahkamah atau tidak.  Setelah saman didaftar di mahkamah maka Pegawai Pendakwa akan menjalankan pendakwaannya di mahkamah.  Ketiga-tiga aktiviti operasi, penyiasatan dan pendakwaan ini dijalankan mengikut had kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang sahaja dan tidak boleh dipengaruhi oleh emosi, budaya atau persepsi umum atau desakan mana-mana pihak.
Temubual saya dengan wartawan Sinar Harian tempoh hari ialah berkaitan dengan prinsip penguatkuasaan undang-undang Jabatan oleh Bahagian Penguatkuasa.  Bahagian ini tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana orang yang tidak melanggar undang-undang Jabatan yang sedang berkuatkuasa walaupun kemungkinan timbul persepsi bahawa telah berlaku pelanggaran undang-undang.  Semasa sesi temubual, wartawan Sinar Harian mengemukakan soalan samada perbuatan makan kucing boleh diadukan kepada Jabatan ini?  Saya menjelaskan bahawa Jabatan ini bersedia menerima aduan tersebut.  Walau bagaimana pun, sebagai penerangan lanjut saya menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang makan kucing kerana perbuatan memakan kucing tiada diklasifikasikan sebagai satu kesalahan mengikut subseksyen 44(1) Animals Act 1953.  Sila rujuk lampiran A.
   
    Perbuatan yang dilakukan terhadap kucing tersebut samada bagi tujuan mematikannya atau melemahkannya jika dilakukan sebagai penyediaan sebelum kucing itu dimakan tidak dianggap satu kesalahan mengikut subseksyen 44(3) Animals Act 1953.  Begitu juga sebagai contoh, perbuatan kita memukul kepala ikan keli untuk mematikannya sebelum ikan tersebut disiang tidak boleh dianggap satu kezaliman.  Tidak dinafikan bahawa kenyataan ini  sukar diterima oleh pemilik kucing atau sesetengah ahli  masyarakat yang beranggapan kucing bukan binatang untuk dimakan oleh manusia.  Bagaimana pun, seperti yang saya jelaskan awal tadi saya merujuk isu makan kucing ini mengikut peruntukan seksyen 44 Animals Act 1953 sahaja.

    Berdasarkan penjelasan ini, tidak timbul isu untuk saya menarik balik kenyataan yang saya buat sebelum ini.  Sebagai penjawat awam, kenyataan saya adalah berasaskan had bidang kuasa undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Jabatan ini seperti termaktub dalam Animals Act 1953.  Penulisan tajuk yang digunakan oleh pihak akhbar mungkin agak sensasi dan mengelirukan jika pembaca  tidak membaca keseluruhan berita tersebut.

    Akhir kata, sesungguhnya apa yang benar datangnya dari Allah manakala apa yang tidak benar atau mengelirukan adalah dari kekurangan diri saya sendiri sebagai insan yang tidak sempurna.  Saya mohon maaf jika  terdapat kata-kata saya yang menyingung perasaan.  Bagaimana pun saya berharap hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita akan terus dikekalkan.  Diharapkan pihak tuan akan terus berkerjasama dengan Jabatan ini bagi meningkatkan kebajikan haiwan sesuai dengan maksud undang-undang yang dikuatkuasakan mengikut Animals Act 1953.

    Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,


__________t.t______________
DATO’ HJ. MOHAMED RADZUAN BIN MALEK
PENGARAH PENGUATKUASA
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR



                    LAMPIRAN A


Mengikut subseksyen 44 (1) Animals Act 1953 -

(1) Any person who—

(a) cruelly beats, kicks, ill-treats, overrides, overdrives, overloads, tortures, infuriates or terrifies any animal;

(b) causes or procures or, being the owner, permits any animal to be so used;

(c) being in charge of any animal in confinement or in course of transport from one place to another neglects to supply such animal with sufficient food or water;

(d) by wantonly or unreasonably doing or omitting to do any act, causes any unnecessary pain or suffering, or, being the owner, permits any unnecessary pain or suffering to any animal;

(e) causes, procures or, being the owner, permits to be confined, conveyed, lifted or carried any animal in such manner or position as to subject it to unnecessary pain or suffering;

(f) employs or causes or procures or, being the owner, permits to be employed in any work or labour, any animal which in consequence of any disease, infirmity, wound or sore, or otherwise is unfit to be so employed; or

(g) causes, procures or assists at the fighting or baiting of any animal, or keeps, uses, manages, or acts or assists in the management of any premises or place for the purpose, or partly for the purpose, of fighting or baiting any animal, or permits any premises or place to be so kept, managed or used, or receives or causes or procures any person to receive, money for the admission of any person to such premises or place, shall be guilty of an offence of cruelty and shall be liable to a fine of two hundred ringgit or to imprisonment for a term of six months or to both.

(2) For the purposes of this section an owner shall be deemed to have permitted cruelty within the meaning of this Part if he shall have failed to exercise reasonable care and supervision in respect of the protection of the animal from cruelty

Provided that where an owner is convicted of permitting cruelty within the meaning of this Act by reason only of his having failed to exercise such care and supervision, he shall not be liable to imprisonment without the option of a fine.

(3) Nothing in this section shall apply to the commission or omission of any act in the course of the destruction, or the preparation for destruction, of any animal as food for mankind, unless such destruction or such preparation was accompanied by the infliction of unnecessary suffering.


MAY BANK BERHAD; MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) JAMIL BIN ISMAIL ACCOUNT NO: 164016046536 For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD JKCR ANIMALS CARE ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2 http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall http://ppkskl.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home