Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Saturday, November 20, 2010

Anak kucing membesar


Anak kucing membesar dengan cepat dan tanpa kita sedari, mereka sudah pun menjadi dewasa. Kematangan yang berlaku pada umur 6 bulan pertama adalah hampir sama sepertimana 15 tahun pertama dalam hidup manusia. Dari awal kelahiran sehinggalah 6 bulan, anak kucing akan berubah dari kepada kucing yang matang dari segi seksual.

Anak kucing kelihatan berada dalam 2 keadaan iaitu bertenaga sepenuhnya dan tidur sepenuhnya. Mereka seperti mempunyai tenaga yang tidak kehabisan, kemudiannya tiba-tiba mereka terus tidur dengan nyenyak. Memulakan pengalaman anda dengan anak kucing adalah amat menyeronokkan tetapi jika ini adalah kali pertama anda memelihara kucing, anda mungkin tertanya-tanya apakah perilaku normal bagi kucing.

Mengetahui apakah jangkaan yang akan berlaku (merujuk kepada perkembangan anak kucing) adalah sangat berguna supaya anda boleh melatihnya dengan baik dan berupaya mencegah sebarang perilaku yang tidak diingini. Latihan perilaku juga menjadi lebih mudah jika dimulakan ketika kucing masih muda.

Untuk kiriman blog seterusnya, jamil akan berkongsi dengan anda apakah yang berlaku pada anak kucing sehinggalah mereka berumur 6 bulan. Namun begitu maafkan jamil jika terlewat untuk kemas kini blog kerana ketiadaan masa. Menulis di blog kelihatan sangat menyeronokkan tapi mesti dis ertakan dengan mood, tetapi ia juga agak meletihkan, kadangkala jamil fikir jamil terlalu tua untuk semua ini

Surah Ghafir : 7-9Hadis Riwayat Muslim Bermaksud :"Pada setiap pagi seorang itu pasti di sertai oleh dua malaikat yang berdoa : Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah ",sedangkan yang lain berdoa : " Ya Allah berikanlah pengantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan ".

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home