Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Saturday, November 20, 2010

Apabila kucing meningkat tua

Kemungkinan penyakit-penyakit yg jamil rasa mereka akan dapat !!!!!

Walaupun kita tidak suka memikirkannya, adalah satu idea yang baik jika kita sekurang-kurangnya mengenali apakah masalah yang boleh dihadapi oleh kucing tua. Seperti penyakit lain, pengesanan dan cegahan awal boleh membantu mengurangkan kesan penyakit tersebut. Biasanya terdapat 6 penyakit yang sering menyerang kucing senior.

  1. Hyperthyroidism
  2. Chronic renal failure
  3. Hypertension
  4. Kanser
  5. Diabetes mellitus
  6. Inflammatory bowel disease (IBD)

Hyperthyroidism

Penyakit ini memang biasa berlaku pada kucing tua dan selalunya disebabkan oleh ketumbuhan pada salah satu (atau kedua-dua) kelenjar tiroid (ada kat leher). Kelenjar ini fungsinya ialah menghasilkan hormon yang berkaitan dengan metabolisme dan fungsi-fungsi organ. Namun kelenjar yang terlebih aktif akan menghasilkan lebihan hormon.

Kucing hyperthyroid akan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid. Mereka mungkin mempunyai selera makan yang banyak tetapi badannya tetap menyusut. Kadangkala degupan jantung mereka tinggi atau tidak sekata, muntah-muntah dan cirit-birit.

Penyakit ini dikesan melalui ujian darah dan dirawat samada melalui pembedahan atau radiasi (untuk buang tisu yang bermasalah).

Chronic renal failure

Penyakit ini akan melumpuhkan sedikit demi sedikit fungsi buah pinggang seperti membersihkan darah, menghasilkan air kencing dan kawalan kesimbangan bendalir dalam tubuh kucing.

Kucing akan minum air dengan kadar yang banyak, kencing lebih banyak dan berat badan semakin berkuranan. Jika penyakit berlarutan, kucing akan menjadi semakin kurus, kehilangan banyak air dan menghasilkan bau busuk dalam mulut.

Kita boleh mencegah penyakit ini dari awal dengan memberikan kucing anda diet yang baik (diet untuk senior cat) serta menyediakan air yang segar dan bersih. Buah pinggang adalah organ yang tidak ada penjanaan tisu, jadi jika ianya rosak, penyakit akan terus berlarutan.

Jika penyakit ini telah bermula, prosesnya boleh dilambatkan dengan kawalan diet, bendalir dan rawatan lain. Namun perlu diingat, ia hanya untuk melambatkan sahaja, dan tidak lagi boleh disembuhkan.

Ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini, tetapi masalahnya dalam kebanyakan situasi ia hanya dikesan setelah 50% fungsi buah pinggang itu telah hilang. Saya tidak nampak penyelesaian yang lebih baik melainkan pencegahan awal. Lagipun ia cukup mudah, iaitu diet yang baik, dan air yang bersih.

Hypertension

Jangan tensen mendengar nama penyakit ini, kerana ia hanyalah nama manja bagi tekanan darah tinggi. Penyakit ini biasanya berlaku seiring dengan kedua-dua penyakit kelenjar tiroid dan buah pinggang di atas.

Ujian tekanan darah kucing juga agak sukar dilakukan, disebabkan oleh kucing kebiasaannya akan stress setiap kali dibawa ke klinik, menyebabkan tekanan darahnya meningkat dengan sendirinya.

Selalunya penyakit ini dirawat dengan mengawal penyakit utama yang menyebabkannya. Contohnya tekanan darah tinggi berlaku disebabkan adanya penyakit buah pinggang, maka kawalan terhadap penyakit buah pinggang akan merawat tekanan darah tinggi itu secara tak langsung. Atau dirawat dengan menggunakan pil.

Kanser

Pada masa kini, kucing hidup lebih lama berbanding 30-40 tahun dahulu, dan ini meningkatkan berlakunya kanser. Pelik juga kan, apabila kualiti hidup semakin meningkat, kemungkinan menghidap penyakit yang lebih bahaya juga turut meningkat.

Kanser, puncanya tidak begitu diketahui sama lah seperti yang berlaku pada manusia. Puncanya masih belum jelas, namun teknologi juga semakin meningkat untuk menghadapi penyakit ini, walaupun bukan sepenuhnya.

Rawatan kanser adalah seperti kemoterapi, pembedahan, radiasi dan immunoterapi. Menghadapi kanser adalah sukar dan rawatan yang ada hanyalah untuk memanjangkan hayat dan mengekalkan kualiti hidupnya sebaik mungkin.

Diabetes mellitus

Atau dikenali sebagai kencing manis. Kucing yang menghidapi kencing manis tidak dapat mengendalikan glukosa (gula) dengan baik, yang merupakan sumber tenaga utama bagi tubuh. Kucing itu akan makan dan menghasilkan gula dalam badan, tetapi gula itu tidak diserap oleh badan.

Ini menyebabkan kucing kelaparan walaupun dia telah makan. Tanda-tanda penyakit ini adalah hampir sama seperti penyakit buah pinggang. Kucing mempunyai selera makan yang tinggi, minum air dengan banyak, kencing dengan banyak dan berat badan menurun.

Kebanyakan kucing perlu diberikan suntikan insulin sebanyak 2 kali sehari. Ini kerana penyakit ini disebabkan oleh kekurangan insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menyerap glukosa tersebut.


Most importent thing to keep in your heart is when the time for them to go , just let it go.accept the fact !!!!



Surah Ghafir : 7-9Hadis Riwayat Muslim Bermaksud :"Pada setiap pagi seorang itu pasti di sertai oleh dua malaikat yang berdoa : Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah ",sedangkan yang lain berdoa : " Ya Allah berikanlah pengantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan ".

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home