Wednesday, May 9, 2012

KENAPA PPKSKL TIDAK DAPAT BEROPERASI DGN BAIK.



Selama ini saya hanya berdiam diri. malas nak layan cicak mengkarong berkerisau . tetapi lama kelamaan ia menjadi desperado pula. Cik Rohaniza ishak yg di lantik sebagai setiausaha setelah saya mendapat sokongan ajk ajk yg bersama saya sebelum ini , boleh di katakan 90% bersetuju tanpa ada apa apa masaalah. ini kerana saya merasakan beliau layak dan profesional. mungkin pasal mata saya rabun agaknya sebab dah berumur. batu saya sangkakan permata.


Baru baru ini 2-3 hari lepas Cik Rohaniza ada menghantar surat yg panjang tentang undang undang , kesalahan kesalahan yg mungkin berlaku dalam persatuan ,kononya nak tunjuk yg beliau profesional. dan menjalankan tugas. pengalaman saya mengenali beliau semua itu adalah satu wayang gambar purba. banyak arahan arahan saya tidak di ambil serius termasuk yg beliau kata beliau uruskan perjumpaan dengan Mb selangor atas daya usaha beliau. untuk pengetahuan umum dan ahli ppkskl.masa untuk beliau menguruskan suart itu memakan masa 2 bulan. bila saya tanya jawapan beliau saya kena dahulukan kerja hakiki saya busy sangat. itulah alasanya . termasuk permohonan untuk mengadakan perjumpaan dengan Pengarah ROS. setelah saya kata biar saya buat sendiri dan saya tidak melayan panggilan dan sms barulah beliau mengelabah buat , dah gunakan itu untuk menghubungi saya.

Perangai beliau yg kurang ajar. tiada tahu mengunakan bahasa yg elok yg sepatutnya seorang wanita ada membuat saya beberapa kali bergaduh dengan beliau . dan cara untuk beliau mahu saya menjawab panggilan beliau ialah kononya hal persatuan .dah berkata kepada saya supaya profesional. jgn campur adukkan.seolah olah saya bodoh . di bawah ini adalah chat beliau apabila saya tidak melayan semua panggilan beliau kerana perangai dan sifat kurang ajar beliau...dan cara beliau mahu saya menjawab call , sms atau chat inilah caranya.....



  • Nieza Iraniey
    March 19
    Nieza Iraniey
    • salam encik jamil bin ismail....tolong beritahu saya samada encik jamil masih memerlukan khidmat saya sebagai setiausaha atau tidak? jangan ignore semua panggilan dan pesanan ringkas saya sedangkan saya berusaha untuk menyampaikn maklumat terkini mengenai permohonan persatuan untuk mengadakan sesi perjumpaaan dengan pengarah ROS...jika encik jamil bin ismail kini tidak lagi memerlukan khidmat saya dalam persatuan, tolong berikan maklumblas supaya saya tidak terus2an memperbodohkan diri saya untuk menelefon selama 12jam tnpaa henti sehingga mencecah ratusan kali pnggilan namun tidak dijawab seolah2 saya ni umpama peminta sedekah...jangn risau, saya takkan buat apa2 kenyataan selepas ini berkenaan pengunduran sayaa dlam ppkskl..terima kasih kerana membawa maslh peribadi antara kita dalam perlaksanaan persatuan..macam yang saya katakan, saya akan maklumkan kepada pengarah ROS bhw pengerusi PPKSKL tidak lgi berminat untuk mengadakan sesi perjumpaan kerana kegagaln saya sebagai setiausaha persatuan untuk menghubungi beliau hari ini untuk memberi mklumbalas...terima ksih atas ptofesionalisma encik jamil bin ismail dalam mengendalikan hal ini...



Beliau cuba memperbodohkan saya kononya saya yg membawa permasaalahan peribadi dalam perhubungan yg tak pernah ada. saya hanya beri satu contoh untuk tatapan umum. bukan untuk memalukan beliau atau menghina beliau tetapi untuk membersihkan nama saya. sehinggakan saya sudah tidak dapat lagi menerima beliau kerana sifat beliau ( tak perlu saya canangkan ) saya telah memutuskan perhubungan dengan beliau. saya tidak sanggup lagi menerima beliau dalam hidup saya. tetapi saya bersifat profesional . saya biarkan ianya berlalu. secara diam. tiba tiba beliau mula menyindir saya sehingga saya terpaksa menjawab.malahs aya menghantar sms kepada abang beliau dna kakak beliau supaya nasihatkan beliau. sudah sudahlah.

Saya masih perofesional. walaupun telah putus saya masih menggangap beliau adalah setiausaha ppkskl. dan baru baru ini saya telah menghantar satu sms kepada beliau berbunyi begini........

To: +601027455......
Time:sunday,April29.2012 10:38pm

Salam adakah awk masih setiausaha ppkskl atau tidak?

Dan ini jawapan beliau ....

From: + 601027455......
Time:sunday,April29.2012 10:41pm

Wslm.sy ni telah diajar dan belajar utk bekerja secara PROFESIONAL..

Maka selepas itu saya telah mengarangkan sepucuk surat untuk di hantar kepada exco kelantan Yb Dato Thakiyuddin tentang cadangan kelantan untuk membina taman kucing . dan saya telah email surat tersebut kepada beliau untuk di edit seperti berikut...

Jamil Bin Ismail
Pengerusi / Pengasas
Kepada
YB. TUAN HJ. TAKIYUDDIN B. HJ. HASAN

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan dan Kesihatan
Kerajaan Kelantan
Memohon mengadakan pertemuan jika perlu


Assalamualaikum Yb , salam sejahtera buat Yb sekeluarga. keseluruhan pimpinan kelantan ,tok guru dan rakyat kelantan.tujuan saya menghubungi Yb secara ringkas ini ialah selepas saya membaca akhbar sinarharian tentang cadangan Yb nak membina sebuah rumah kucing atau bagi saya taman kucing , kerana ini yang saya perjuangkan selama hampir 15 tahun . saya telah pun 2 kali bermensyuarat dengan dato seri noh omar. dan beliau bersetuju sebelum beliau mengetahui yg saya Ajk PKR putrajaya kuala lumpur. selepas itu semuanya terus diam.


Kemudian saya telah bermensyuarat dengan exco selangor Yb Tuan Yaakob Sapari. dan dalam perbincangan lagi. beliau bersetuju untuk mencari tempat . jadi saya lihat Yb mempunyai keikhlasan untuk membantu haiwan. dan saya pula mengerjakanya. saya beri cadangan kita bina diselangor untuk atrikan pelancong tetapi di taja kerajaan selangor. kucing kucing terbiar di kelantan kita bawa ke sini dna di tempatkan di taman ini.
Atau jika Yb tetap nak membuatnya di kelantan saya tak kisah, saya sanggup berulang alik jika di beri kepercayaan. saya sanggup berjumpa Yb untuk berbincang bila bila masa pun . sekarang kucing kucing terbiar dalam jagaan saya sebanyak 104 ekor. dan saya hanya mengunakan rumah saya sahaja . saya boleh membawa segala proposal yang saya ad auntuk perbincangan dgn yb. tetapi satu sahaja permintaan saya jgnlah berikan kepada SPCA kerana mereka membunuh kucing. mengkasikan kucing yg mana haram mengubah ciptaan Allah di sisi agama kita.di bawah ini link link tentang saya yg mungkin Yb berminat untuk menyelidikinya.


Saya juga akan mengutuskan surat kepada Yb takut email ini tidak kesampaian. mohon maaf jika cara penulisan ini terlampau ringkas. kerana ia datang dari saya sendiri. saya menunggu balasan dari Yb.
Jamil Bin Ismail ( jamilkucing )

Dan meminta beliau melakukan pengeditan dan hantar semula kepada saya untuk saya print sain dan poskan . tetapi sehingga hari ini Thursday may 10 2012 saya masih belum terima sebaliknya beliau telah menyerahkan surat tersebut kepada bekas seorang ajk ppkskl En Sharul Nizam yg tidak aktif lagi dalam ppkskl. dan surat tersebut telah di paparkan di Fb En Sharul Nizam di ...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150752164423773&set=a.414763303772.187484.564648772&type=1&ref=nf

Surat yang sepatutnya di antara saya dan beliau sebagai setiausaha telah di berikan kepada orang yg tidak sepatutnya beliau beri. adakah beliau AMANAH dalam menjalankan kerja sebagai setiausaha. saya harap ahli ahli ppkskl nilaikan sendiri . memang saya tidak pandai menaip mengikut cara protokol sebab itu saya mahu beliau yg sebagai setiausaha buat.tetapi AMANAH yg saya berikan kepada seorang yg mengaku diri PROFESIONAL rupanya hanya sekadar bunga taik ayam. nampak nampak lawa tetapi busuk.

Selama ini saya diam bukan kerana saya bacul atau bodoh tetapi saya sendang mengumpul segala bukti. dan data. dan mulai sekarang saya akan paparkan satu persatu. tentang jawatan pengerusi ppkskl. saya bukan seperti pemimpin politik. jika ada sesiapa yg benar benar mampu bukan hanya sekadar hangat hangat tahi ayam atau mencari publisiti silakan saya sudi menyerahkanya. saya harap ahli ahli ppkskl dan pembaca nilaikan sendiri.

Jamil Bin Ismail
Pengerusi/ Pengasas ppkskl.




No comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.