Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Sunday, October 17, 2010

Shakilan ( Jumpa tengah jalan ) dan tips bernas...

Shakilan .this kitten i found it on the middle of the road. lucky it the road which the car seldom pass by.


Untuk KUCING ANDA SELAMAT & SELESA


Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).

Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.

Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepada
juga digalakkan pada ketika umur ini.



memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.

Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran 'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.


Surah Ghafir : 7-9Hadis Riwayat Muslim Bermaksud :"Pada setiap pagi seorang itu pasti di sertai oleh dua malaikat yang berdoa : Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah ",sedangkan yang lain berdoa : " Ya Allah berikanlah pengantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan ".

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home