Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Saturday, November 20, 2010

Tanda-kucing bunting / mengandung



Apabila kucing betina masuk tempoh-mengawan-kucing-betina. berada dalam kitar dan berpeluang untuk berkelakuan-kucing-ketika-mengawan. kebarangkalian besar adalah dia akan mengandung. Purata tempoh bunting kucing adalah sekitar 63-65 hari. Beberapa perubahan fizikal akan kelihatan pada kucing betina jika dia mengandung.

Kucing jantan tidak mengambil peranan dalam penjagaan anak kucing dan adakalanya sesetengah kucing jantan akan bertindak agresif terhadap anak kucing. Sebaliknya pula, kucing betina akan menjadi sangat defensif dan melindungi anak-anaknya, termasuk daripada anda sendiri.

Jika anda sedang menjaga kucing betina yang melahirkan anak, anda perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan anak-anaknya kerana ibu kucing mungkin akan menjauhi anak kucing jika bau anda kuat melekat pada badan anaknya. Sesetengah ibu kucing juga akan menjadi agresif terhadap anda jika anda cuba mendekati anaknya semasa kehadiran ibunya.

Tanda-tanda Kucing Bunting/Mengandung


Pemilik kucing yang tidak berpengalaman mungkin terlepas pandang tanda kucing betina berada dalam keadaan heat. Sesetengah kucing memperlihatkan tand-tanda yang jelas berada dalam heat berbanding kucing lain. Jika anda mempunyai kucing yang berada dalam heat dan kemudian berhenti dan tiba-tiba kitar itu tidak kelihatan, maka kucing betina anda kemungkinan besar sudah mengandung.

Kebiasaannya, kucing betina tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus ketika tempoh bunting. Mereka kelihatan boleh menjaga diri masing-masng. Selain dari memberikan makanan yang mereka mahukan dan melindungi mereka dari penyakit dan parasit, selebihnya boleh diserahkan kepada mereka sahaja untuk menjaga dirinya.

Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
  • Peningkatan selera makan

  • Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)

  • Bahagian perut semakin membulat

Jika anda khuatir, anda boleh bawakannya ke vet untuk pengesahan lanjut. Jika vet mempunyai x-ray, anda boleh mengimbasnya pada hari ke 50-54 untuk melihat jumlah anak kucing di dalamnya. Purata kelahiran adalah antara 3-5 ekor anak kucing tetapi bergantung kepada keadaan juga lah.

Surah Ghafir : 7-9Hadis Riwayat Muslim Bermaksud :"Pada setiap pagi seorang itu pasti di sertai oleh dua malaikat yang berdoa : Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah ",sedangkan yang lain berdoa : " Ya Allah berikanlah pengantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan ".

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home