Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Monday, November 1, 2010

Email cantik dan baik tapi pemikiran terlampau dangkal...


Assalamualaikum abg jamil

Monday, November 01, 2010 5:43 PM
To:
Jamilkucing@xxxxxxxxxxx

Assalamualaikum abg jamil.

Apa khabar. saya amat berharap abg jamil sihat walafiat seperti biasa yg saya lihat. untuk pengetahuan abg jamil saya sentiasa memandang abg jamil. melihat abg jamil sebab saya berkerja tidak jauh dari tempat abg jamil di bb. saya selalu berhenti melihat kucing-kucing abg jamil. saya tahu abg jamil seorang yg sangat ikhlas atas apa yang abg jamil buat. semua kucing-kucing sihat walafiat , walaupun banyak tohmahan , kutukan, penghinaan terhadap abg jamil.

Saya telah melihat abg jamil hampir 5-6 tahun. cuma ada beberapa perkara yang saya tak berapa berkenan tentang abg jamil. iaitu abg jamil suka marah orang yg terbuat silap terhadap kucing-kucing abg jamil. bergaduh dengan pelancong sehingga beberapa kali menjadi kes polis. tapi nasib baik polis lebih mengenali abg jamil dan tahu abg jamil tidak pernah menggangu orang. semua orang di bb tahu abg jamil tidak membenarkan orang mengambil gambar sesuka hati. sehingga abg jamil sanggup memukul orang yg meletakan kaki ke atas kucing abg jamil. betul kan.

Lagi satu abg jamil. saya selalu tengok dan juga selalu dengar dari kawan-kawan yg abg jamil sangat sombong dgn orang kita melayu. kalau orang melayu singgah abg jamil selalu buat tak peduli. buat tak layan, buat tak nampak. saya paham tentang orang kita tapi apa salahnya kalau abg jamil layan je. manalah tahu mereka akan bermurah hati.

Abg jamil-abg jamil , tahu tak abg jamil ni umpama harta negara , harta kuala lumpur. seseorang yang tersangat unik dan special terutamanya di kuala lumpur. apa yang abg jamil buat ni tak ada orang lain yg buat dalam dunia ni. you are too special. saya sendiri amat berbangga terhadap abg jamil. satu satunya orang melayu yg mempunyai kebolehan yg tiada pada bangsa lain di dunia ini. sebab itu banyak pelancong asing kagun, terpegun dgn abg jamil. orang tak nampak. tapi abg jamil. apa kebolehan yg abg jamil ada tiada pada orang lain . sebab itu setiap orang nak ambil gambar abg jamil. di traffik light saya pernah nampak berebut-rebut orang ambil gambar abg jamil atas skuter dgn kucing,dan saya tahu abg jamil betul betul tak selesa waktu itu. tapi tak boleh lari ke mana-mana. saya pun tompang ambil sorry .

Terus terang saya katakan. kalau setakat pelakon atau penyanyi malaysia jalan-jalan di kuala lumpur orang sekali pandang je. yg pandang pun orang malaysia je melayu pulak tu. tapi saya pernah lihat abg jamil jalan dgn kucing semua orang pandang, melayu , cina , india , arab , orang putih. semua mata tertumpu kepada abg jamil. banyak yg siap bawa keluar kamera dan video. so biarlah orang nak ambil gambar. you will be famouse whole worlds , abg jamil akan di kenali ramai, abg jamil memperkenalkan negara kita ke serata dunia. silap silap satu hari abg jamil dapat datuk.

ok abg jamil ini pandangan kecil saya sahaja k. kalau elok ikut lerrr.






JAWAPAN JAMILKUCING

1 ) Terimakasih aida atas pujian , pujaan dan sokongan, bukan nak masuk bakul angkat sendiri.tapi apa yg aida kata tu memang benar .tapi tolong duduk kejap dan fikir sejenak. andai kata abg jamil membiarkan sahaja orang ambil gambar tanpa mengarahkan mereka membaca nota.adakah mereka akan mengeluarkan wang ???? jawapannya tidak sebab abg jamil pernah buat dulu. tujuan abg jamil bawa kucing ke bukit bintang ialah untuk mendapatkan wang , bukan untuk jadi terkenal. tiada siapa baik kerajaan , koperat , menanggong abg jamil. bangsa kita sendiri nak beri sumbangan fikir 10 kali. kalau orang tak bayar macamana abg jamil nak hidup , nak sewa rumah , nak bayar api , air , telefon. kucing-kucing nak bubuh di mana. i need all that money to survive. orang bodoh je kata abg jamil tak patut pakai duit kucing. orang melayu bahalol je kata gitu. lain lah kalau kerajaan malaysia , tokoh koperat tanggung abg jamil. ambillah berapa banyak gambar pun. takl akan abg jamil marah. but nobody support me. i am doing along. ok. abg jamil amat berharap aida paham sebab you kata selalu tengok abg jamil. ok.

2 ) Aida kata abg jamil sombong dgn orang melayu, yes abg jamil tak nak berlakon baik. pengalaman abg jamil di bb membuat abg jamil memang menyampah nak melayan bangsa kita melayu. semua nak free. nak tahu itu nak tahu ini tapi sumbangan atau duit paling kedekut pahit. tanya itu tanya ini, belai kucing lepas tu blah je. cakap memang manis. tapi habok pun taka da. ini pengalaman aida. abg dah pernah cuba berbuat baik. but nothing!!!!






Surah Ghafir : 7-9Hadis Riwayat Muslim Bermaksud :"Pada setiap pagi seorang itu pasti di sertai oleh dua malaikat yang berdoa : Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah ",sedangkan yang lain berdoa : " Ya Allah berikanlah pengantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan ".

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home