Setelah ber tweet dengan YAB Menteri pertanian dato Seri Noh Omar beberapa kali dan memohon untuk berjumpa. saya di arahkan oleh DS Noh untuk menghubungi pejabat untuk membuat temuja nji. dan Hari ini Rabu 08 / 02 / 2012 tepat jam 1.30pm saya telah mengadakan pertemuan secara tertutup dengan YAB Menteri Pertanian Dan Asas Tani Dato Seri Noh Omar di pejabat beliau. perjumpaan kami yg mengambil masa hampir 1 jam berkisar tentang taman kucing yg di cadangkan di Taman Botani Bukit cerakah shah alam. antara yang di bincangkan ialah
1 ) Harapan rakyat terutamanya ppkskl dan saya khasnya untuk mempercepatkan pembinaan taman tersebut , dan saya juga memohon dan berharap jika ada masaalah maasaalah tecnical kecil dapat di permudahkan. supaya apa yang di rancang berjalan dengan sempurna.
2 ) Dengan adanya taman kucing tersebut dapatlah ppkskl membantu haiwan haiwan terbiar( kucing ) dan juga dapat membantu pencinta haiwan contohnya seperti puan Nicole yang mana di beri kata dua oleh DBKL.
3 ) Tentang dana yang mana itu adalah masaalah utama ppkskl. tetapi YAB Menteri berjanji akan membantui dengan sumbangan dana untuk meningkatkan persarana dan juga beliau memberi idea untuk ppkskl membuat pinjaman di Agro bank yg mana beliau akan membantu dengan surat sokongan.
4 ) YAB Menteri sendiri bersetuju dgn taman tersebut. malah menurut beliau dari hati beliau sendiri amat menyokong terbinanya taman tersebut. tetapi disebabkan beberapa prosedur jadi perkara ini terdapat sedikit kelewatan .
5 ) Menurut Dato Seri beliau sendang menunggu laporan penuh dari Tuan Haji Othman Saad bahagian SSIDD sebelum mengeluarkan surat resmi. jadi beliau meminta ppkskl dan pencinta haiwan dapat bersabar sedikit masa lagi.
Jadi saya amat berharap pencinta pencinta haiwan , ahli ahli facebook ppkskl , ahli ahli facebook jamilkucing dan semua pencinta haiwan sama samalah kita berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar.
Biarlah saya sendiri melakukanya , biarlah saya sendiri mencari dana. walau saya terpaksa bergolok bergadai demi haiwan insyaallah akan saya lakukan . sebab terus terang saya katakan impian ini boleh di katakan impian saya sendiri. jadi walau apa pun saya tetap kena berusaha sendiri untuk memenuhinya. saya tidak mahu lagi mengharap bantuan dan pertolongan atau janjian orang.
Saya terpaksa membooking sebuah teksi untuk kesana. dgn bayaran pergi balik dan menunggu pakai meter rm 85 tetapi di kurangkan rm 80 , jgn risau saya tidak akan claim tambang ini. biarlah saya gunakan duit saya kerana impian taman kucing salah satu impian saya. saya tak mahu nanti ada yg menuduh saya mengunakan dana persatuan sesukahati.
Saya terpaksa pergi sendiri kerana ajk ajk yg saya ajak mempunyai kerja adan agenda yg mereka tidak dapat batalkan. saya amat memahami. kerana mereka mempunyai kerja sendiri yg perlu di patuhi. jadi sebagai seorang pengerusi. dan orang yg mahu benda atau perkara ini jadi terpaksalahs aya berusaha kerana. antara yangs aya ajak pergi timbalan pengerus Sdr Luqman onn , dan Ajk biro ligistik Sdr zakuan . Sdr luqman ada interview yg beliau tak dapat cancelkan. manakala sdr zakuan berkerja hari ini. Saya rela berkorban semuanya untuk menjadikan impian saya dan pencinta haiwan semua Tercapai.
Jamil Bin Ismail
Pengerusi / Pengasas
Persatuan perlindungan Kucing
Selangor Dan Kaula Lumpur
MAY BANK BERHADMAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN)JAMIL BIN ISMAILACCOUNT NO: 164016046536For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL)BANK ISLAM MALAYSIA BERHADJKCR ANIMALS CAREACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wallhttp://ppkskl.blogspot.com