Sunday, May 29, 2011

Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Kuala Lumpur.

Senarai ahli ahli jawatan kuasa persatuan perlindungan kucing yang jamil tubuhkan dan telah di luluskan oleh ROS. kelmarin kami telah mengadakan mensyuarat agung pertaman dan ahli ahli jawatan kuasa pertama telah di lantik. jamil jamil sebagai pengasas telah di lanti sebagai pengerusi ,terimakasihd an tahniah. kepada semua. untuk keterangan lanjut sila ke link link yang disediakan.
Senarai ahli ahli jawatankuasa ppkskl dan 2 orang pemeriksa kira kira yang di lantikd alam mensyuarat agung semalam.

Jamilkucing Ppkskl Selangor Kuala Lumpur

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.133567836719764.33499.100001996448633#!/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604

http://ppkskl.blogspot.com



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

http://ppkskl.blogspot.com

Tuesday, May 24, 2011

Terimakasih Mr Peter H K Lim (Facebook )



SUMBANGAN DARI Mr Peter H K Lim


Hari ini jamil menerima sumbangan dari seorang sahabat berbangsa cina. dalam facebook Peter H K Lim (Peter H K Lim) .beliau telah memberi sumbangan kepada kucing - kucing dalam jagaan jamil cukup untuk membeli makanan kucing selama sebulan. terimakasih di ucapkan kepada Peter H K Lim (Peter H K Lim) .

Apabila persatuan jamil di luluskan oleh ROS beliau antara orang yg jamil hantar surat memohon sokongan dan sumbangan. semua yang jamil hantar 15 orang. 13 orang melayu 2 orang cina. di antaranya en Peter H K Lim (Peter H K Lim) dan beliau adalah orang pertama yg menjalankan tanggungjawab .dengan memberi sumbangan. tak perlulah jamil ceritakan berapa. sebab nanti akan ada pula yg busuk hati ( pengalaman ) apa yg jamil boleh kata sumbangan itu cukup untuk memberi makan 100 ekor kucing selama sebulan.

Antara orang yg jamil hantar surat berserta bukti bukti tentang kerja amal jamil dan surat pengesahan ROS ialah 3 orang sultan , 2 tengku mahkota , 5 tokoh koperat , 3 orang biasa iaitu peniaga .salah seorang peniaga itu ialah Peter H K Lim (Peter H K Lim) sebab sebab jamil memohon sumbangan dari mereka mereka ini bukan kerana siapa mereka tetapi kerana mereka mempunyai kemampuan untuk menyumbang.dan kerja amal yg jamil jalankan ini samaada terima atau tidak ia adalah kerja semua manusia ciptaan Tuhan.

Jamil beri sebulan kepada yang jamil hantar surat.lepas sebulan jamil akan paparkan siapa mereka yang jamil pohon.cuma buat masa ini apa yang jamil selalu kata iaitu bangsa cina lebih maju ke depan dalam membantu kerja amal yang jamil buat. kenyataan tetap kenyataan. jgn marehhhhhhh
If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

http://ppkskl.blogspot.com

Tuesday, May 17, 2011

BABYKEY last days Staying With me.

Last day Babykey In Bukit Bintang



Babykey free To Go To her Life.



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!" http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall http://ppkskl.blogspot.com

Berpisah dengan Tersayang BABYKEY


Hari ini adalah hari yang paling menduga keimanan dan kesabaran jamil. belum pernah jamil terpaksa membuat keputusan yang amat berat dalam hidup ini. jamil ada 3 ekor berok. SHAKI , JK ( ambil di kampong selama perak dari kecil ) DAN BABYKEY ( babykey di beli oleh pasangan dari negara arab. lepas tapi apabila mereka balik negara mereka , mereka hanya ikat di katil hotel yg pada waktu itu masih anak kecil dan tinggalkan. pihak hotel yg kenal jamil meminta jamil menyelamatkan anak berok tersebut. mereka memberi rm 500/ dan telah duduk dgn jamil hampir 1-2 tahun. .jk dan shaki memang sudah 3-4 tahun bersama jamil jadi memang mereka tersangat rapat kalau lepas pun mereka tak akan lari . tetapi BABYKEY masih belum betul betul jinak dgn jamil. kalau terlepas susah gak nak tangkap.

Masaalah jamil dengan BABYKEY ialah dia terlampau lampau bijak , kalau jamil keluar rumah tanpa membawa babykey jamil akan sentiasa risau dan takut sebab kurung macamana pun , kunci macamana pun , ikat macamana sekalipun babykey akan boleh membukanya. itulah kelebihan dia.apa yang telah beberapa kali dia terlepas. memang dia tak lari tapi habis rumah orang jiran jiran dia kacau. buah buahan cina sembahyang dia main ambil. anthena astro orang dia goncang sampai patah. jadi kalau terlepas jamil terpaksa tunggu dan pujuk serta tengok dia buat apa. dan cara untuk menangkap dia kena gunakan tipu muslihat sebab seperti jamil kata dia terlampau bijak. setiap tipu muslihat yg di gunakan tidak boleh di gunakan lagi di masa hadapan. dia akan tahu dan tak akan berjaya. dan jamil pernah berkata ( aku akan lepas kau di hutan kalau aku dapat ) tapi disebabkan telah lama tidak berlaku jamil tetap membela dia.lagi
satu pula SHAKI berok betina yg tua sangat cemburu dnegan BABYKEY . selalu babykey di gigit sehingga ekornya kudung. jarinya luka. ini salah satu sebab kenapa jamil mahu melepaskanya ke hutan.

Minggu lepas dia terlepas lagi. terlepas pukul 10.00pagi hari rabu . dan hanya dapat tangkap balik pukul 9.00pagi hari khamis. maknanya dari pukul 10.00 rabu hingga 9.00 khamis memang jamil tidak ke mana. hanya masuk untuk solat sahaja. dan sewaktu cuba menangkap dan memujuk BABYKEY jamil telah mengeluarkan ayat ( DEMI ALLAH KALAU ABANG DAPAT BABY ABANG AKAN LEPASKAN DI HUTAN ) dan bila dapat hari khamis minggu lepas jamil berjanji hari selasa iaitu hari ini untuk melepaskanya . dalam seminggu ini memang hati jamil susah, sedih , syaitan sentiasa memberi berbagai alasan untuk jamil tidak melepaskan ya , banyak kawan yg jamil tanya tak bersetuju jamil lepaskan. ada juga yg bersetuju.

Pagi hari selasa iaitu hari ini pula.seseorang dari syarikat pengiklanan menghubungi jamil dan mahu menyewa berok untuk iklan tv dan sanggup membayar ,tetapi shooting di bulan jun. YA ALLAH besarnya duggan. jamil. tak lepas jamil telah berjanji dengan ALLAH . rezeki depan mata. tetapi syukur alhamdullilah dengan sedikit ke imanan yg ada. JANJIKU DENGAN ALLAH PASTI DAKU TUNAIKAN. wang ringgit di mana pun boleh dapat. kalau syaruikat iklan tu nak SHAKI DAN JK ADA. dan balik sahaja dari bukit bintang jamil terus membawa BABYKEY ke taman tar tempat di mana beratus berok selalu turun petang petang untuk makan makan yg selalu kami dan beberapa orang bawa.

Sampai di sana jamil meminta tolong dari abang Tajul yg selalu ke sana untuk tolong melepaskan babykey kerana jamil tak mampu. air mata berlinangan. abang Tajul paham sangat. tetapi masalahnya babykey tak bagi. dia hampir menyerang abang Tajul. maka terpaksalah jamil lakukanya. dengan sungguh berat sekali. air mata tak payah cakap lah.maka jamil lepaskan BABYKEY dengan berat dalam kerelaan. dia bermain , memanjat , berkawan , bertegur sapa dengan specis dia.tapi masaalahnya bila jamil sentuh skuter dia cepat cepat turun naik skuter . hampir 5 kali. walaupun berbagai tipu muslihat .abang Tajul pun cuba menolong. tapi tak berjaya. jamil tongkat balik skuter dan membiarkan dia bermaian. entah macaman 2-3 ekor berok marahkan dia dan cuba mengigitnya . BABYKEY terus lari naik ke bukit dan menghilangkan diri. jamil tunggu hampir 1 1/5 jam. tapi tak nampak rupa. sebelum balik jamil cuba memanggil pun tiada.

Abang Tajul kata balik lah,. jgn risau dia akan boleh sebab banyak juga orang melepaskan berok mereka di sini. hari pertama memang begitu. lain hari elok la tu. petang dalam pukul 7.00 petang dah senja jamil balik. dari taman tar jamil memang menitis air mata tak berhenti sambil menunggang skuter dan sentiasa berdoa semoga ALLAH menjaga dan memelihara keselamatan dia dan semoga dia tidak merindui jamil. dan semoga dia happy bersama kawan kawanya. malam setelah selesai semua sebelum pergi jogging dalam pukul 10.30 malam jamil ke taman tar sekali lagi. sahaja nak tengok takut takut dia menunggu jamil. 1.2 jam jamil di sana tiada jamil pulang dengan hati tenang. mungkin dia sudah boleh bersama kawan kawanya.apa pun jamil akan selalu ke sana seperti biasa membawa piisang dan buah buahan.

Shakibi

On of my olders cat and one of them first cats staying with me shakibi. now shakibi already 13 years old. and she staying with me almost 9 years. she is longers than the late shakira.



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

http://ppkskl.blogspot.com

Jk And Shakitot






If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

http://ppkskl.blogspot.com

Sunday, May 15, 2011

Thank to christ......


Hari ini sebelum jamil ke bukit bintang jamil menerima panggilan telefon daripada christ , gadis yang berkerja di sebuah kementerian ,yang tempoh hari memberi sumbangan rm 100/ beliau bertanya pukul berapa jamil akan ke bukit bintang. jamil cakap baru nak keluar rumah. dalam 20 minit jamil akan sampai. 10 minit selepas jamil sampai ketika menyiapkan semuanya christ timbul. dan menghulurkan sumbangan dan berlalu. mungkin ada kerja agaknya. kepada christ jamil ucapkan terimakasih. my god bless you.

If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

http://ppkskl.blogspot.com

Wednesday, May 11, 2011

He Is Not Muslim But He Have heart !!!!!



Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.



Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.



Ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini.

Sanggupkah ada orang malaysia terutamanya melayu ISLAM yang kaya untuk buat begini atau mengeluarkanw ang jika ada orang lain sanggup buat demi untuk membantu haiwan haiwna tersebut. kalau tanya soalan tu kepada jamilkucing jawab jamil I DONT THINK SO.!!!!!!



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wallhttp://ppkskl.blogspot.com

Friday, May 6, 2011

Di interview dalam rancnagan zizan show








If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

http://ppkskl.blogspot.com

Wednesday, May 4, 2011

I always right Animals is Batter than human...

Binatang pun lebih tahu menghormati , membalas budi terhadap orang yg menyelamatkan mereka. tetapi manusia. jamil sendiri banyak membantu anak-anak melayu tetapi banyak yang menikam dari belakang terutamanya kawan kawan sendiri melayu beragama islam.



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wallhttp://ppkskl.blogspot.com

Sunday, May 1, 2011

The Bully



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wallhttp://ppkskl.blogspot.com

Shaki and shakitot

My female monkey and my cat.



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"