Semalam balik pukul 1.30 pagi sebab ada perjumpaan dgn cina
yg Bantu jamil di bukit bintang ,terlewat. Sampai sampai di rumah intai ikut
pagar hanya shaki sahaja ada. Jk tak ada. Shaki buat dah dia buka lagi tali JK.
Kalau cerita mmg ornag susah percaya tetapi itulah kenyataanya. Shaki yg rajin
dan pandai membuka tali JK. Nak masuk ada sekeping kertas mengatakan yg berok
jantan jamil JK terlepas. Dan ada di hadapan rumah sekian sekian.
Jamil pergi cari , tengah tengah cari seorang lelaki cina
keluar dari rumah dan panggil jamil. Beliau beritahu berok jamil telah di
tangkap oleh JPAM .Macam tak percaya plak. Sebab selalu kalau haiwan liar
perhilitan je yg tangkap. Mungkin sekarang JPAM dan boleh agaknya. Terus start
skuter pergi ke balai polis pandan perdana tengok ada laporan tak. , tak ada.
Jamil minta polis check. Sambil jamil call perhilitan tetapi seperti biasa no
anser.
Jamil minta no HQ JPAM , call mereka kata tiada , dna kata
pertugas wanita itu JPAM tak melakukan tugas ini , start skuter terus ke bukit
saga ceras HQ Perhilitan selangor. 10 km dari rumah , jumpa hanya pak guard.
Dia cakap tiada dan tiada orang yg keluar masok. Naik skuter terus ke
perhilitan wilayah di Bandar tun razak , pun tiada , hanya ada seorang yg
sednag tidur. Jamil kejutkan dia. Bercakap dgn dia dalam keadaan mamun. Dia
suruh jamil pergi check di balai polis.
Naik skuter terus pecut ke balai polis pandan indah ,check
tiada laporan. JADI DI MANA JK????, Sekali lagi pecut ke perhilitan di bukit
saga . pak guard tu tetap kata tiada. Jamil balik terus ke rumah cina yg
beritahu JK di tangkap. Baik cina tu. Dia sendiri kata tak dapat tidur sebab
kesian tengok JK di tangkap. Sambil jamil Tanya tentang orang yg tangkap. Dia
tetap cakap pertahanan awam JPAM . Jamil call lagi JPAM . perempuan itu tetapi mengatakan
tiada. Dia beri no telefon MPAJ. Jamil try call mpaj cakap tiada.
DI MANAKAH JK. Jamil call lagi sekali JPAM. Tanya. Jamil
cakap cina beritahu org yg tangkap tu pakaian seragam mereka ada tertulis 999.
maknanya betul la JPAM. Panas mmg dah panas tapi try cool , last last dia cakap
dia try check. Dan minta no jamil. Jamil pun balik. Dalam 5 minit JPAM call
beritahu berok jamil JK ada di JPAM ampang di pprt ampang hilir. Jamil minta no
terus call dan mereka beri alamat.
Waktu tu dah pukul 4.30 pagi. Jamil terus pecut ke JPAM
ampang. Alhamdullilah JK ada dalam sangkar , JK Nampak jamil terus berbunyi.
Pihak pihak JPAM ampang sangat professional. Mereka menyambut dna melayan jamil
dengan baik. Kebanyakan mereka mmg kenal jamil kata mereka. Selalu Nampak naik
skuter dan di bb. Sementara kami menunggu pegawai yg bertugas sampai. Kami
berbual dna bersembang , mereka melayan JK dgn baik. Siap beli pisang dna
100plus.
Setelah berbincang dna menyerahkan lesen untuk di teliti
pegawai bersetuju menyerahkan semula JK kepada jamil. Mula risau pulak taku JK
kena tahan . kesian dia duduk dalam sangkar kecil. Kesejukan di luar rumah.
Setelah selesai jamil keluarkan JK dari sangkar dan ikat tali di tengkok.
Terdapat sedikit luka dan calar di mulut. Mungkin akibat sangkar itu dan waktu
penangkapanya. Tak pe lah boleh di ubat.
Walaupun tangan sakit nak bawa skuter tapi demi kasih jamil
kepada berok ebrok jamil sakit tangan pun hilang walaupun ke hulu ke hilir dari
pukul 1.30 hingga 4.30 pagi. Tahniah dan jutaan terimakasih kepada pertugas
pertugas JPAM Ampang yg menangkap Jk dgn cara baik tidak mengasarinya. ( Ini
terbukti apabila di lepaskan berali JK langsung tidak menyerang orang yg
menangkapnya. Malah siap memelok kaki pegawai itu ) mereka Memberi makan dan minum
serta melayan jamil dengan baik terimakasih banyak banyak jasa jasa anda semua
tidak akan Jamilkucing Lupakan.
Terimakasih sahabat sahabat JPAM Ampang
DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!!
MAY BANK BERHAD :
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN)
JAMIL BIN ISMAIL
ACCOUNT NO: 164016046536
For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL)
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
JKCR ANIMALS CARE
ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2