Hari ini adalah hari yang paling menduga keimanan dan kesabaran jamil. belum pernah jamil terpaksa membuat keputusan yang amat berat dalam hidup ini. jamil ada 3 ekor berok. SHAKI , JK ( ambil di kampong selama perak dari kecil ) DAN BABYKEY ( babykey di beli oleh pasangan dari negara arab. lepas tapi apabila mereka balik negara mereka , mereka hanya ikat di katil hotel yg pada waktu itu masih anak kecil dan tinggalkan. pihak hotel yg kenal jamil meminta jamil menyelamatkan anak berok tersebut. mereka memberi rm 500/ dan telah duduk dgn jamil hampir 1-2 tahun. .jk dan shaki memang sudah 3-4 tahun bersama jamil jadi memang mereka tersangat rapat kalau lepas pun mereka tak akan lari . tetapi BABYKEY masih belum betul betul jinak dgn jamil. kalau terlepas susah gak nak tangkap.
Masaalah jamil dengan BABYKEY ialah dia terlampau lampau bijak , kalau jamil keluar rumah tanpa membawa babykey jamil akan sentiasa risau dan takut sebab kurung macamana pun , kunci macamana pun , ikat macamana sekalipun babykey akan boleh membukanya. itulah kelebihan dia.apa yang telah beberapa kali dia terlepas. memang dia tak lari tapi habis rumah orang jiran jiran dia kacau. buah buahan cina sembahyang dia main ambil. anthena astro orang dia goncang sampai patah. jadi kalau terlepas jamil terpaksa tunggu dan pujuk serta tengok dia buat apa. dan cara untuk menangkap dia kena gunakan tipu muslihat sebab seperti jamil kata dia terlampau bijak. setiap tipu muslihat yg di gunakan tidak boleh di gunakan lagi di masa hadapan. dia akan tahu dan tak akan berjaya. dan jamil pernah berkata ( aku akan lepas kau di hutan kalau aku dapat ) tapi disebabkan telah lama tidak berlaku jamil tetap membela dia.lagi
satu pula SHAKI berok betina yg tua sangat cemburu dnegan BABYKEY . selalu babykey di gigit sehingga ekornya kudung. jarinya luka. ini salah satu sebab kenapa jamil mahu melepaskanya ke hutan.
Minggu lepas dia terlepas lagi. terlepas pukul 10.00pagi hari rabu . dan hanya dapat tangkap balik pukul 9.00pagi hari khamis. maknanya dari pukul 10.00 rabu hingga 9.00 khamis memang jamil tidak ke mana. hanya masuk untuk solat sahaja. dan sewaktu cuba menangkap dan memujuk BABYKEY jamil telah mengeluarkan ayat (
DEMI ALLAH KALAU ABANG DAPAT BABY ABANG AKAN LEPASKAN DI HUTAN ) dan bila dapat hari khamis minggu lepas jamil berjanji hari selasa iaitu hari ini untuk melepaskanya . dalam seminggu ini memang hati jamil susah, sedih , syaitan sentiasa memberi berbagai alasan untuk jamil tidak melepaskan ya , banyak kawan yg jamil tanya tak bersetuju jamil lepaskan. ada juga yg bersetuju.
Pagi hari selasa iaitu hari ini pula.seseorang dari syarikat pengiklanan menghubungi jamil dan mahu menyewa berok untuk iklan tv dan sanggup membayar ,tetapi shooting di bulan jun. YA ALLAH besarnya duggan. jamil. tak lepas jamil telah berjanji dengan ALLAH . rezeki depan mata. tetapi syukur alhamdullilah dengan sedikit ke imanan yg ada. JANJIKU DENGAN ALLAH PASTI DAKU TUNAIKAN. wang ringgit di mana pun boleh dapat. kalau syaruikat iklan tu nak SHAKI DAN JK ADA. dan balik sahaja dari bukit bintang jamil terus membawa BABYKEY ke taman tar tempat di mana beratus berok selalu turun petang petang untuk makan makan yg selalu kami dan beberapa orang bawa.
Sampai di sana jamil meminta tolong dari abang Tajul yg selalu ke sana untuk tolong melepaskan babykey kerana jamil tak mampu. air mata berlinangan. abang Tajul paham sangat. tetapi masalahnya babykey tak bagi. dia hampir menyerang abang Tajul. maka terpaksalah jamil lakukanya. dengan sungguh berat sekali. air mata tak payah cakap lah.maka jamil lepaskan BABYKEY dengan berat dalam kerelaan. dia bermain , memanjat , berkawan , bertegur sapa dengan specis dia.tapi masaalahnya bila jamil sentuh skuter dia cepat cepat turun naik skuter . hampir 5 kali. walaupun berbagai tipu muslihat .abang Tajul pun cuba menolong. tapi tak berjaya. jamil tongkat balik skuter dan membiarkan dia bermaian. entah macaman 2-3 ekor berok marahkan dia dan cuba mengigitnya . BABYKEY terus lari naik ke bukit dan menghilangkan diri. jamil tunggu hampir 1 1/5 jam. tapi tak nampak rupa. sebelum balik jamil cuba memanggil pun tiada.
Abang Tajul kata balik lah,. jgn risau dia akan boleh sebab banyak juga orang melepaskan berok mereka di sini. hari pertama memang begitu. lain hari elok la tu. petang dalam pukul 7.00 petang dah senja jamil balik. dari taman tar jamil memang menitis air mata tak berhenti sambil menunggang skuter dan sentiasa berdoa semoga ALLAH menjaga dan memelihara keselamatan dia dan semoga dia tidak merindui jamil. dan semoga dia happy bersama kawan kawanya. malam setelah selesai semua sebelum pergi jogging dalam pukul 10.30 malam jamil ke taman tar sekali lagi. sahaja nak tengok takut takut dia menunggu jamil. 1.2 jam jamil di sana tiada jamil pulang dengan hati tenang. mungkin dia sudah boleh bersama kawan kawanya.apa pun jamil akan selalu ke sana seperti biasa membawa piisang dan buah buahan.